Sunday, 27 March 2011

2.0 Penyediaan Bekas



2.1 MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUAN 

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. 
  • Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik.  
  • Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.  
  • Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. 
  •  Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut:
  • Alternanthera spp.
  • Bacopa spp.
  • Anubias spp.
  • Lobelia spp.
  • Sumatra fern spp.
  • Java fern spp.      
Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.


2.2 MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI

1) PEMILIHAN BEKAS
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:

  • Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam  tiruan).
  • Jenis ikan hiasan.
  • Bilangan ikan hiasan.
  • Saiz ikan hiasan.
  • Saiz akuarium.    
Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz  kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz yang lebih besar.

contoh bekas/akuarium



2) MEMILIH AKSESORI 
penyediaan aksesori adalah seperti berikut:
rak
akuarium

lampu
tumbuhan akuatik
filter
pam
kayu
termometer


2.3 MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM

Langkah 1
Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah di atas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.


Langkah 2
Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp.Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.


Langkah 3
Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.


Langkah 4
Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.


Langkah 5
Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.


Langkah 6
Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.   
Kiri atas:Jenis-jenis pam dan penapis, Kiri bawah:Pemasangan penapis 'Under gravel filter', Kanan atas:Masukkan hiasan dan aksesori, Kanan bawah:Masukkan air.


Di bawah ialah video cara-cara untuk menyediakan dan menghias akuarium.






2.4 MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM 


Langkah 1
letakkan plastik beg yang mengandungi ikan hiasan kedalam akuarium selaa 20 - 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air didalam akuarium dengan air didalam plastik beg.


Langkah 2
 buka ikatan plastik beg dan biarkan ikan berenang keluar dengan sendirinya bersama air ke dalam akuarium.


Langkah 3
setelah kesemua ikan keluar, keluarkan pastik beg tersebut.

No comments:

Post a Comment