Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.
1.1 KEPENTINGAN IKAN HIASAN
Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.
Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.
1.2 BAHAGIAN IKAN
Bahagian ikan. Sirip
Sisik
Garis Lateral
Insang
1.3 MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Antaranya ialah :
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.
Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid. 1.4 JENIS-JENIS IKAN HIASAN Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar- penggemar ikan hiasan. Berikut adalah slaid yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara. Spesis Ikan Hiasan View more presentations or Upload your own. 1.5 MENYATAKAN SEBAB DAN TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca atau kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman. Memelihara ikan hiasan dapat memberi ketenangan dan boleh menghayati alam akuatik semula jadi. 1.6 MENYATAKAN BEBERAPA CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan adalah seperti berikut:
1.7 Memilih ikan hiasan untuk dipelihara. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang kediaman atau kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalah seperti berikut:
|
well done!!
ReplyDeletehttp://www.rbtuniverse2011.blogspot.com/
ReplyDeletefollow la blog ak jga..
Thnks you
ReplyDelete