Sunday, 27 March 2011

1.0 Pengenalan


Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu  kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan ,  jantina dan gaya berenang.


1.1 KEPENTINGAN IKAN HIASAN 
Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa. 

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.


1.2 BAHAGIAN IKAN

Bahagian ikan.

Sirip
  1.  Membantu ikan bergerak
  2. Terdiri daripada 2 jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti siri ekor, sirip dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan  sirip  pelvik.
  3. Sirip tidak berpasangan berfungsi untuk membantu ikan  bergerak lurus.
  4. Sirip berpasangan berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing dan mengapungkan diri.



Sisik
  1. Meliputi keseluruhan  badan . 
  2. Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan  dan penyakit . 



Garis Lateral
  1. Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor.
  2. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain .
  3. Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga .  



Insang
  1. Menyenaraikan spesis ikan hiasan.
  2. Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan  ikan. 



1.3 MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN


Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Antaranya ialah :


  • Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.   
  • Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.
  • Ikan omnivor
Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.


1.4  JENIS-JENIS IKAN HIASAN 
Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar- penggemar ikan hiasan. Berikut adalah slaid yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.




1.5 MENYATAKAN SEBAB DAN TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN
Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca atau kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman. Memelihara ikan  hiasan dapat memberi ketenangan  dan boleh  menghayati alam akuatik semula jadi.


1.6 MENYATAKAN BEBERAPA CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN

Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan adalah seperti berikut:

  • Warna sisik badan dan sirip yang menarik.
  • Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau bulat.
  • Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif.

  • Manja dan dapat mengenali tuannya.
  • Cara permakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan. 



1.7 Memilih ikan hiasan untuk dipelihara. 
Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang kediaman atau kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalah seperti berikut:


  • Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi kerana ianya tidak dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan.
  • Jenis yang  telah jinak dan dibiakan di dalam akuarium. Ikan ini boleh dibeli dari kedai hiasan.
  • Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya.
  • Boleh bercampur dengan jenis ikan lain.
  • Tahan terhadap perubahan mutu air.
  • Tahan terhadap serangan penyakit. 

2.0 Penyediaan Bekas



2.1 MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUAN 

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. 
  • Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik.  
  • Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.  
  • Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. 
  •  Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut:
  • Alternanthera spp.
  • Bacopa spp.
  • Anubias spp.
  • Lobelia spp.
  • Sumatra fern spp.
  • Java fern spp.      
Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.


2.2 MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI

1) PEMILIHAN BEKAS
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:

  • Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam  tiruan).
  • Jenis ikan hiasan.
  • Bilangan ikan hiasan.
  • Saiz ikan hiasan.
  • Saiz akuarium.    
Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz  kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz yang lebih besar.

contoh bekas/akuarium



2) MEMILIH AKSESORI 
penyediaan aksesori adalah seperti berikut:
rak
akuarium

lampu
tumbuhan akuatik
filter
pam
kayu
termometer


2.3 MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM

Langkah 1
Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah di atas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.


Langkah 2
Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp.Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.


Langkah 3
Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.


Langkah 4
Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.


Langkah 5
Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam akuarium.


Langkah 6
Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.   
Kiri atas:Jenis-jenis pam dan penapis, Kiri bawah:Pemasangan penapis 'Under gravel filter', Kanan atas:Masukkan hiasan dan aksesori, Kanan bawah:Masukkan air.


Di bawah ialah video cara-cara untuk menyediakan dan menghias akuarium.






2.4 MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM 


Langkah 1
letakkan plastik beg yang mengandungi ikan hiasan kedalam akuarium selaa 20 - 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air didalam akuarium dengan air didalam plastik beg.


Langkah 2
 buka ikatan plastik beg dan biarkan ikan berenang keluar dengan sendirinya bersama air ke dalam akuarium.


Langkah 3
setelah kesemua ikan keluar, keluarkan pastik beg tersebut.

3.0 Pengurusan


3.1 MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN HIASAN

Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan swordtail, Guppy atau Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan orydoras atau Loach.  
 
Makanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang pelihara.
Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan disediakan berdasarkan sifat ikan yang di pelihara. Kebanyakan ikan yang di pelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitaranya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikan sedang kelaparan.
 
1) Makanan hidup  
Makanan hidup adalah seperti plankton (organism halus yang terdapat di dalam air), cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

monia, daging atau hati yang dibekukan

2) Makanan basah 
Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini kurang digunakan kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah adalah seperti isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam).

bloody worm

3) Makanan rumusan 
Makanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses oleh kilang membuat makanan haiwan. 

emping dan pelet


Untuk maklumat lanjut,KLIK DI SINI.

3.2 MENYATAKAN KEKERAPAN DAN MEMBERI MAKANAN IKAN HIASAN
Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yang diberikan berlebihan akan mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan buruk  terhadap hidupan ikan.


3.3 MENGENALPASTI MUTU AIR AKUARIUM 

1) pH air

pH air ialah kemasaman air. Diukurdari nilai 1 – 14. Nilai 1= paling masam atau asidik. Nilai 14= paling alkali. pH air utk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH. Nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkannya terlalu asidik.
2) Suhu 
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26ºC hingga 27ºC. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah menyebabkan ikan mati.
3) Bahan beracun

Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan. Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan . Kerana, ianya telah ditukan kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik.



3.4 MENGENAL DAN MERAWAT SIMPTOM PENYAKIT IKAN HIASAN

KLIK DISINI


3.5 MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DIDALAM AKUARIUM

1) Baja
baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cacair atau biji perlu ditambahkan dari semasa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.

2) Cahaya
cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.
 


3.6 BEKALAN KARBON DIOKSIDA

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui penafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

   

Latihan Pengukuhan

Kami juga menyediakan soalan-soalan atau latihan untuk mata pelajaran kemahiran hidup di bawah tajuk "Ikan Hiasan" untuk rujukan mereka yang melawati web kami.

Latihan Aras 1

Latihan Aras 2

Latihan Aras 3






Isu Semasa

keratan akhbar


Menurut Ryder & Hughes (1997) ada dua jenis tautan yang dikenakan ke atas guru dan pelajar apabila menggunakan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.

Tuntutan pertama ialah pelajar dikehendaki mempunyai kemahiran melayari internet dengan menggunakan enjin pencarian maklumat yang efektif, menilai maklumat yang diperolehi dan memuatkan turunkan fail.

Kedua ialah mengenai kemahiran berfikir pelajar iaitu bagaimana ia berfungsi apabila berhadapan dengan maklumat dalam bentuk hiperteks. Apabila menggunakan hiperteks, pelajar tidak lagi menerima bahan dalam format yang berstruktur seperti yang distruktur oleh pengarang buku teks. Sebaliknya, maklumat berbentuk hiperteks memberi peluang pelajar membina maklumat mengikut tahap kognitif dan minat mereka. Oleh yang demikian cara pembelajaran menggunakan buku teks adalah berlainan dengan menggunakan bahan dari hiperteks.

Sebenarnya penggunaan internet sebagai keperluan pendidikan telahpun meluas, terutama di negara-negara maju, ini merupakan fakta yang menunjukkan bahwa dengan media ini memungkinkan tenaga pengajar dapat diselenggara dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Hal itu terjadi karena dengan sifat dan karakteristik Internet yang cukup istimewa, sehingga diharapkan boleh digunakan sebagai media pengajaran dan pembelajaran sebagaimana media lain seperti radio, television, CD-ROM Interkatif dan lain-lain.

Kajian yang dilakukan oleh ‘Center for Applied Special Technology’ (CAST) pada tahun 1996, yang dilakukan terhadap sekitar 500 murid tahun lima dan enam sekolah rendah. 500 murid tersebut dimasukkan dalam dua kelompok yaitu kelompok eksperimen yang dalam kegiatan belajamya dilengkapi dengan akses Internet dan kelompok kontrol. Setelah dua bulan menunjukkan bahwa kelompok eksperimen mendapat nilai yang lebih tinggi berdasarkan hasil ujian akhir tahun.

Kajian ini menunjukkan bahawa kejayaan internet dalam penggunaan dalam satu pengajaran dan pembelajaran. Satu kajian ini telah membolehkan keyakinan bahawa pembelajaran dengan menggunakan internet sangat perkesan dan afektif.

Penggunaan jaringan seperti intenet membolehkan pelajar mempelajari bahan pembelajaran dan tugasan-tugasan pembelajaran serta  ujian dengan cara mengakses jaringan komputer yang telah ditetapkan secara online.

Oleh yang demikian berikut adalah kelebihan yang nyata dalam proses Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan media internet:
  • Pelajar boleh belajar secara kolaberatif (collaborative) antara satu sama lain. Mereka juga dapat mengirim surat melalui e- mail (electronic mail) untuk bertanya dan berurusan dengan pensyarah dan rakan pembelajaran.

  • Boleh menampung pembelajaran dalam jarak jauh terutama tempat yang tidak dapat menjalankan kelas seperti biasa.
  • Proses pembelajaran tidak terbatas oleh ruang dan waktu tertentu.

  • Bahan Pengajaran dapat ditentukan oleh pelajar dengan kesesuaian bahan dan pemilihan bahan yang dikehendaki.
  • Lama waktu belajar juga bergantung kepada kemampuan masing-masing.
  • Meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar, kerana kebanyakan bahan adalah dalam bahasa Inggeris.  
  •  Melalui engin pencarian pelajar dapat mencari banyak maklumat pembelajaran


Kelemahan penggunaan internet dalam Pengajaran dan pembelajaran


Namun demikian terdapat juga kelemahan-kelemahan penggunaan sumber dan perkhidmatan internet antaranya ialah:
Pelajar lebih terdedah dengan bahan-bahan porno. Bahan ini sangat diminati pelajar dalam usia remaja dan akhir remaja. Laman web porno lebih senang di ekses.

Sumber maklumat yang tidak menyakinkan, kerana tidak adanya autoriti dalam data base tersebut.
Terdapatnya ciplak hak cipta sama ada dari segi maklumat ataupun pelajar yang mengambil muat turun bahan tersebut.
Fasalitis internet yang masih tidak mencukupi, terutama dikawasan luar Bandar yang belum mempunyai kemudahan-kemudahan asas.
Pembelajaran kendiri melalui internet menyebabkan pelajar lebih individulistik.
Kesimpulan

Kesimpulannya penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran banyak kelebihan dari kelemahan. Banyak kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan pencarian bahan melalui internet lebih terbuka dan memberi peluang kepada pelajar menerokai bahan terbaharu.
Peluang yang begitu luas sekali untuk mencari bahan dan maklumat dipelusuk dunia sekali gus membantu mendapatkan bahan untuk membantu proses pembelajaran.
Bahan-bahan yang begitu banyak dapat diproses dan ditapis untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran. Pelajar dengan menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri dapat menyesuaikan masa dan ruang untuk belajar dan tidak terlalu bergantung dengan pensyarah semata-mata.
 
 



Rancangan Pengajaran Harian



Nor Azam Bin Md Isa

Kebaikan dan keburukan blog

Kebaikan blog

- tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia.
- Melatih kemahiran menulis walaupun pelbagai bahasa.
- Melatih seni kemahiran reka digital, terutama mereka blog, kod css atau blog skin.
- Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan. (guru atau pensyarah)

Keburukan blog

- menyampaikan maklumat palsu, fakta salah dan berunsur fitnah
- memburuk-burukkan tokoh politik dan selebriti
- menyebarkan spam, iaitu maklumat tidak berguna utuk mendapatkan keuntungan besar dari iklan di blog
- menggalakkan penyamaran dengan tidak memaparkan nama dan wajah sebenar.
- Menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail-fail digital yang berkaitan.

Kes 1:

Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman berkata "blog mempunyai banyak maklumat yang belum tentu kesahihannya.Dengan agenda tersendiri, blog memaparkan maklumat yang berbeza atau tidak terdapat dalam arus perdana.Kesahihannya sukar ditentukan kerana sesiapa sahaja boleh menulis dalam blog tanpa mengambil kira kelayakan dalam menyampaikan maklumat yang betul",katanya dalam Sambutan Hari Telekomunikasi dan Informasi masyarakat sedunia peringkat negeri johor.

Isu 2:

Pengendali lamanweb Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang didakwa atas tuduhan menghasut dan ditahan di penjara Sungai Buloh kerana enggan membayar ikatjamin, menjadi tumpuan perbahasan di Dewan Rakyat 

Raja Petra menyiarkan dalam lamanwebnya artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell', yang didakwa mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.





kebaikan dan keburukan facebook


Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang ingin dikongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.

Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.
Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?

Sedarkah kita bahawa semua data-data yang ada di Facebook itu ada kaitan dengan CIA?
Tahukah kita bahawa semua data itu boleh diakses oleh sesetengah pihak dengan mudah?
Tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita malah keluarga kita!!
Sila lihat slide flash ini:

http://albumoftheday.com/facebook/

Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!” Malang sekali bukan itu yang berlaku. Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Cuba bayangkan!!!

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk orang-orang tertentu mendapatkan data peribadi kita dengan PERCUMA. Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.
Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?
Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.
Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:


Esok kalau katakan ada pihak yang ingin membuat onar, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Macam-macam yang mereka boleh buat kepada golongan bijak pandai ini. Ini adalah kerana mereka sudah tahu dimanakah golongan bijak pandai tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!

Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta:

 Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…

Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.