Sunday 27 March 2011

1.0 Pengenalan


Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu  kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan ,  jantina dan gaya berenang.


1.1 KEPENTINGAN IKAN HIASAN 
Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa. 

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.


1.2 BAHAGIAN IKAN

Bahagian ikan.

Sirip
  1.  Membantu ikan bergerak
  2. Terdiri daripada 2 jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti siri ekor, sirip dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan  sirip  pelvik.
  3. Sirip tidak berpasangan berfungsi untuk membantu ikan  bergerak lurus.
  4. Sirip berpasangan berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing dan mengapungkan diri.



Sisik
  1. Meliputi keseluruhan  badan . 
  2. Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan  dan penyakit . 



Garis Lateral
  1. Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor.
  2. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain .
  3. Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga .  



Insang
  1. Menyenaraikan spesis ikan hiasan.
  2. Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan  ikan. 



1.3 MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN


Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Antaranya ialah :


  • Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.   
  • Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.
  • Ikan omnivor
Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.


1.4  JENIS-JENIS IKAN HIASAN 
Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar- penggemar ikan hiasan. Berikut adalah slaid yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.




1.5 MENYATAKAN SEBAB DAN TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN
Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca atau kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman. Memelihara ikan  hiasan dapat memberi ketenangan  dan boleh  menghayati alam akuatik semula jadi.


1.6 MENYATAKAN BEBERAPA CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN

Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan adalah seperti berikut:

  • Warna sisik badan dan sirip yang menarik.
  • Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau bulat.
  • Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif.

  • Manja dan dapat mengenali tuannya.
  • Cara permakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan rumusan. 



1.7 Memilih ikan hiasan untuk dipelihara. 
Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakan di ruang kediaman atau kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalah seperti berikut:


  • Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi kerana ianya tidak dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan.
  • Jenis yang  telah jinak dan dibiakan di dalam akuarium. Ikan ini boleh dibeli dari kedai hiasan.
  • Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya.
  • Boleh bercampur dengan jenis ikan lain.
  • Tahan terhadap perubahan mutu air.
  • Tahan terhadap serangan penyakit. 

3 comments: